Dua kepala, 2 hati, 2 kejadian

1

Posted by Kak Kay | Posted in

Hari ahad 2/5 kak kay ke Nilai dgn anak2 & menantu, saja nk survey barang2 untuk hantaran perkahwinan ank sulung ku Muhammad Saifullah julai ni.kak kay turut membeli langsir baru..ank kak kay nurul pun beli langsir jg.

Nak jd cerita, lepas beli langsir kami beredar ke kedai lain pulak.semasa mengundur kan kereta..terlanggar sebuah Citra..cepat2 anak kak kay, epah drive kedepan utk park kereta ketepi..Masa tu perempuan yg punya kereta tu terus menahan kereta kami dgn muka masam mencuka..ingat kami nk lari kut...

Bila turun epah terus memeriksa Citra tu..kak kay tengok x de apa2 yg rosak atau kemek.Sang suami pulak turut memeriksa tempat yg epah terlanggar tadi.Ada la besar ujung mancis kesan terlanggar tadi

'minta maaf bang! tak perasan td' kata epah. 'ni nk buat mcmana ni...'kata si suami.
'minta maaf dik..rase x de rosak apa2' kak kay bersuara..
si suami masih memeriksa kesan ciput td..'nk wat camane ni masih x puas hati.

si suami mula memeriksa bahagian lain kereta... 'bang..saya langgar kt sini je bkn sebelah sana'
si suami berpatah balik 'ok bayar je rm50..selesai'

'Husss..mahal tu bang..jom ikut saya gi bengkel lah klau abang x puas ati..'
'saya nk balik Perak ni x smpat lg gi bengkel..ok lah bagi je berape nk bagi'...nk ambil kesempatan betul jantan ni bisik kak kay.

Epah terus bg rm20, 'halal ye' kata si suami.kami terus masuk kereta..blahhhh
'apsal ko bayar?..bukan rosak apa pun kreta die' Nurul mencelah..
'epah bg je..tgk mamat tu kebulur duit sgt..cam sialll'

kak kay cuma nk katakan bagaimana manusia mengambil kesempatan dalam tragedi yg berlaku.
itu nampak sangat manusia kemaruk duit.

Hari Jumaat 7/5 kak kay berhenti dilampu isyarat Jln Ipoh..banyak lak kenderaan ari tu.kak kay leka memerhati kenderaan dekiri kanan kereta kak kay..tiba2 kak kay tersentak..kak kay terlanggar proton wira kt depan...aduhhhh apa pulak ni..

Terus keluar dari kereta..aduyai..kemek bumper belakang kereta tu..lekuk dalam macam huruf 'V'.sang driver Wira keluar...
'minta maaf encik..saya x sengaja..x tau macam mana boleh terlanggar kereta encik..maaf banyak2 lah..' itu yg kak kay berulang-ulang sebut pada si driver.

'JANGAN GELABAH..JANGAN RISAU..BENDE DH NK JADI..NK WAT CAMANE..BUKAN KITA MINTAK'...terkedu aku dgn keiklasan si pemandu

'Nk wat camane ni encik? berapa saya nk kene bayar?'

'X PE..X PE..JGN RISAU..BOLEH SELESAI...'

'KALAU SAYA REPORT..CIK YG KENA SAMAN SB LANGGAR BELAKANG..LA NI MCM NI LAH..SAYA ANTAR GI WORKSHOP DULU..TGK APA YG BLEH DI REPAIR.. BERAPA RM KENA ..CIK BAYAR SAJE LAH...'

Ya Allah...luhur nya manusia ni...bukan nye nk marah kak kay tp siap cool kan kak kay lg.

'okay lah encik kalau mcm tu..amik no phone saya..apa2hal call saya...Ofis saya kt Maju Junstion je encik' nombor hp di catit...kiri kanan kami kereta bersusun..terganggu perjalanan dgn kereta kak kay dan Wira sidriver.

Agak2 sejam diofis hp aku berbunyi...

'PUAN,NI SAYA HJ SHUIB..YG PUAN LANGGAR TD..' lembut suara nya.
'SAYA DH BAWAK KERETA KT WORKSHOP...BUMPER KENA GANTI SB DAH PATAH..X BLEH PAKAI LG...BUMPER BARU SEKALI CAT DAN UPAH PASANG KENA RM300 LEBIH TP SAYA MINTAK KURANG..DAPAT LA HARGA NI..PUAN BAYAR RM300 SAJE.LAH...KUT NK BAYAR LA...'

Terkedu lg..manusia baik aku jumpa ari ni...

'Ok Tuan Haji..mcmana saya nk bg duit ni?

'PETANG NI DLM PUKUL 5 SAYA PEGI AMIK KT PEJABAT PUAN..BOLEH TAK?

'petang ni x bleh tuan haji sb saya kene pergi hantar barang pameran kt putrajaya'

'KALAU CAMTU HARI ISNIN BOLEH KE?'

'bagi no akaun bank tn haji kt saya boleh ke..saya bank in saje..

Hj Shuib sms no akaun CIMB pd kak kay...on the way balik rumah kak kay singgah CIMB Sri Petaling dan bank in rm300 utk dia.kak kay sms dia bagitau dh masuk duit.

tak lama dpt sms lg..

WKOMSLM TK TAK APA KITA KENA REZA KTENTUAN ALLAH ALHAMDULILLAH TIDAK ADA CEDERA

Kak kay balas ucap terima kasih dan doakan kebaikan dia..dia balas lg..

SY JUGA UCAP TK KERANA HJH ORANG YG BAIK MUDAH SELESAI MASALAH KERETA SIAP ESOK. SALAM

macam2 dunia skrg..
yang kereta tak rosak apa2 boleh minta duit dgn gaya sombong giler..
yang kereta kemek bumper sampai jadi huruf V boleh cool giler...

-ini lah perbezaan antara manusia kurang beriman dengan manusia beriman,
yang sombong dengan yg rendah diri.

Kepada TN HJ SHUIB yg tinggal di Gombak dan jadi EJEN KURNIA INSURANCE kt Kg Bharu
KL saya ucapkan beribu terima kasih kerana amat bertimbangrasa terhadap saya diatas kejadian langgar bumper Proton Wira WDU 1512 pada pagi 7/5/10 di Jln Ipoh berhampiran Grand Pacific Hotel.

Aku, Jabatan & Suami..

0

Posted by Kak Kay | Posted in

Busy..busy..busy..x de mase langsung nk post kt blog...macam2 bende berlaku...aku dh tentu busy dgn tugas kt ofis...tugas kt kelas2 samada kt Bandar Tun Razak atau Putrajaya.kt umah lak sibuk melayan suami yg sakit....dh hampir setahun sakit..dh berapa kali masuk wad kt hospital..skrg every week gi wat fisiotraphy lak kt HUKM.

Kalau checkup time pagi kena la aku amik timeslip kt doktor...kalau petang lak kena antar keHUKM dulu baru bleh kekelas.setakat ini berjalan lancar.

Terima kasih sgt kt Jabatan tempat keje aku sb bg kelonggaran utk aku mengruskan suami ku.
Thanks Puan Pengarah,Pegawai Zon, Penyelia Kanan dan Penyelia Kawasan Pn Jamilah dan skrg Pn NorAzlina yg memahami keadaan aku skrg.

Sedaya upaya aku jalankn tugas sebaik mungkin..sesekali belum pernah buat hal..aku x pernah ponteng kelas...begitu jg rutin harian keofis...lambat pun aku mesti pergi jg walaupun kadang2 kt ofis x de apa2 tugasan pun.

Ada jg teman sekerja yg bercakap dibelakang ku..mempertkaikan kelonggaran yg aku dapat tp aku tidak ambil pusing dan tidak marah pun...buang masa untuk semua itu.

Setiap kali selepas solat aku sentiasa panjatkan doa pd Ilahi agar suami ku cpt sembuh, macam dulu yg sentiasa cergas kemana-mana.harapan ku suatu hari nanti impian ini akan jadi kenyataan.....

Terkenang Arwah Abah

1

Posted by Kak Kay | Posted in

Hari ni 29/3/10 aku, nurul dan epah menziarahi jenazah ayah Jaja diMasjid Datuk Keramat.kami jmpa Jaja dan family nya.Emak Jaja bercerita saat2 akhir bersama arwah suaminya.Sedih betul aku rasa tp masih mampu mengawal perasaan.

Teringat semasa arwah abah pergi dahulu pada tahun 1998, masa tu aku tgh pregnant kt baby br masuk 3 bulan.

Aku dh plan nk balik kg rumah mak di Taiping jd aku dh siapkan baju anak2,tinggal nk susun dalam beg saja.Aku jg dh plan nk bawa anak2 kerumah atuk mereka di Parit Buntar,Perak. Dulu balik kg mesti bawa beg beroda yg besar sb bnyak baju anak2.Aku dh beli tiket bas untuk hari khamis, masa tu aku takut nk pandu kereta lg.

Dlm pukul 10 pg hari rabu dpt call dr adik ku Roslina di Parit Buntar memberitahu abah dh meninggal kt rumah adik ku Hidayah diKulim.Meraung lah aku sb x dgr sakit pun. Aku call suami kt ofis suruh balik sb aku nk ke Kulim nk ziarah jenazah abah.

Bincang dengan suami aku pergi sorang je, suami bawa anak2 balik esok.Minta tolong adik ipar antar ke Subang Airport.Nasib ada tiket,aku naik flight ke Penang.dari Penang aku ambil taxi terus ke Kulim, sampai jg aku walau itu pertama kali kesana.

Masa sampai jenazah sedang dimandikan, aku turut sama jirus air ketubuh abah. Aku sedih sangat masa tu sampai x mampu nak ckp dgn sesiapa.Aku sentuh tubuh abah, masih lembut macam orang yang brnyawa lagi.Kelihatan tanda lebam2 didada abah,rupanya abah kena serangan jantung.

Memang abah x sakit, malam sebelum nya masih berborak dgn cucu2 nya.Subuh Hidayah kejutkan abah untuk kesurau sb abah imam surau ditaman perumahan disitu.Masa tu Dayah tgk abah dh x sedar, dh berdengkur lain macam, panggil suami nya tengok,mulut abah dh berbuih.

Setelah diperiksa oleh jiran nya jemaah surau jg dh sah abah meninggal.Baru lah Hidayah dan suami kelam kabut memberitahu adikberadik lain.yang sedih nya aku yg dapat tahu paling lambat

Jenazah abah selamat dikebumikan ditanah perkuburan sebelah masjid diKulim.Al-Fatihah untuk abah.Walau abah tak memelihara aku,dia tetap abah ku yang satu, yang aku baru nk berbaik dengan nya.

Emak dan abah berpisah sejak aku masih dalam kandungan lagi sebab abah dh ada isteri lain.bila kawin dengan mak, baru tahu abah dh ada isteri,seorang ustazah.Isteri abah mengamuk, terpaksa abah ceraikan mak dan 24 jam tukar tempat kerja ke tempat lain.Masa tu baru 23 hari abah kawin dengan mak. Kesian mak tapi jodoh mereka setakat itu sahaja.

Bila aku lahir abah langsung tak datang sebab takut kt isteri dia.mak pun tak kisah sebab mak dh terluka. Aku dibesarkan oleh nenek sebab mak bekerja sebagai anggota polis masa tu.

Mak kawin lagi masa usia ku 2 tahun lebih, itu pun setelah didesak oleh nenek ku yang tak mahu anak nya menjanda lama.Lepas mak kawin aku terus kekal tinggal dengan nenek hingga aku dewasa dan berkahwin.

Hingga kini setelah 30 tahun usia perkahwinan ku masih dirahmati dan dipelihara Allah, masih kekal bersama suami ku.Aku telah bertekad tidak akan membiarkan anak2 ku ada emak atau bapa tiri.

Aku tak mahu anak2 ku rasa seperti apa yang aku telah lalui sepanjang hidup ku setakat ini.
Alhamdulillah..aku tahu arwah abah sayang aku cuma dia tak dapat menjenguk ku selalu kerana sibuk dengan tugas dan halangan lain.

Apa2 pun setelah abah pergi baru aku terasa kehilangan seorang ayah dan hingga kini aku terkilan kerana tidak sempat memberikan rasa kemesraan antara cucu dan datuk.Anak2 ku pernah jumpa atuk mereka tidak sampai 10 kali kerana aku tidak mahu kerumah abah ku mengadap muka emak tiri yang aku tak suka.

AL FATIHAH untuk arwah abah...aku pun dh banyak kali buat kenduri arwah untuk abah.
Semoga roh abah tenang di sana....

Takziah buat Jaja,Taman Sri Rampai.

0

Posted by Kak Kay | Posted in

Beberapa hari mata bergerak-gerak sebelah kiri atas kelopak mata,kata orang tua tanda nk menangis.Terfikir jg nk menangis untuk apa...rasa x de apa yg men yedihkan.

Hari2 menguruskan suami sakit, tgk semakin ok..dh boleh jalan perlahan-lahan.. jd x de la aku rasa sedih walaupun peringkat awal suami sakit aku selalu menangis dalam kereta on the way ke ofis.

Semalam dapat berita ayah Jaja masuk wad sb kanser paru2, Jaja,kawan serumah anak ku nurul semasa di Adelaide, Australia
Jaja baru je balik malaysia selepas berjaya menghabiskan pengajian peringkat Master disember 09 lalu.

Masa majlis convo Jaja,mak, ayah dan kakak jaja turut serta. Lepas majlis convo tu sempat lg diaorang trip keMelbourne.

Tengahari tadi Nurul ke IJN dgn Epah tgk bapa mertuanya dan terus ke pusat rawatan tempat ayah Jaja dirawat.

Kesian Jaja, bila nurul sampai dia terus peluk nurul sambil nangis,puas jg nurul pujuk dia.
Ptg diaorang balik dari hospital.Lepas magrib dapat missed call dari Jaja, Nurul call balik, Jaja bgtau ayah nya baru je menghembuskan nafas terakhir.

Terkedu aku sekejap...terus nangis sb rasa terharu dan kesian sgt pada Jaja dan emak nya.Aku pernah jumpa emak dia sekali, mak Jaja kirim barang untuk nya semasa aku nk keAdelaide utk tgk nurul Convo ogos 09 lalu.

Betul lah aku menangis jg akhir nya...Al fatihah untuk roh ayah Jaja...dan takziah untuk jaja dan keluarga..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah.

Cikgu ku Mr J ++++++++

0

Posted by Kak Kay | Posted in

Teringat zaman remaja dulu.masa form 4 kak kay bersekolah kt KE VII Taiping masuk aliran Sains Tulin.masa tu ada 2 kelas saja kami dari sekolah luar yang dapat masuk aliran sains kt situ.

KE VII memang sekolah top kt Taiping...memang bangga dapat belajar disitu.Selalunya hari sabtu ada macam2 aktiviti yg perlu dihadiri.Kak kay berulang dari rumah kesekolah, naik bas awam la.. Blue Omnibus...kalau x slh kak kay la..

Masa form 3 kt sekolah lama tahun sebelum nya ada sorang cikgu tu baik sgt dgn kak kay.. bila lulus LCE masa tu dia bg hadiah pen Parker siap tulis nama kak kay lg..suka bukan main.

Akak memang x pernah rasa curiga atau sangka buruk pada cikgu sorang ni yg kak kay namakan mr J,Orangnya agak hensem dan baik sangat.....

Setiap hari sabtu agak-agak nk habis aktiviti mesti mr J ni sampai kt school kak kay, macam dia dh tau jadual kitaorg.Dia akan tunggu kak kay habis pastu mesti ajak gi minum dulu. Kebetulan mr J bekas student KE VII dan bekas guru kt situ so dia bebas la kuar masuk..

Bila cikgu ajak tentulah akak ikut sebab masa tu sgt hormat kat kaum guru ni..yg lucu nya kak kay berunifofm sekolah atau pun rumah sukan..dia lak x kisah..bila kak kay kata segan pasti di ckp buat ap nk segan nk minum je...

Pun kak kay dok hormat lg kt dia..rasa untung lah cikgu boleh suka kt budak kampong macam akak walau belajar kt bandar.Selalu nya mr J ni bawa gi minum kt Comfee Corner kt jalan apa tah dh x ingat, kt dalam tu lampu malap je..agak nya kalau ada lipas ke, telur cicak ke dlm makanan tentu x nmpk punya.

Mula tu takut jg..tp mr J ni baik sgt pandai pujuk lak tu...(jgn slh fhm bukan nye pujuk rayu cam orang berasmaradana tu..)..lari lah akak klau cam tu..

Biasanya minum fresh oren dgn sandwich ayam...kak kay bedal je la... tgh lapar dan dahaga lepas aktiviti kt school..masa ni mr J akan bg nasihat macam2 tentulah psl pelajaran...srh jaga diri dan macam2 lg, tu yg kak kay kata mr J ni baik sgt tu...

Lepas makan mr J antar sampai stesen bas, ada masa dia bg duit buat tambang... ada kawan2 kak kay suruh beringat takut mr J ni ada niat lain ada udang disebalik batu kata mereka tp masa tu mana nk dgr ckp kawan sb memang mr J baik sungguh dan x pernah nk ambil kesempatan.

Hal ni berlanjutan hingga kak kay form 5 dan mr J masih orang yg sama, yg x pernah berubah dan masih mengambil berat,datang setiap sabtu pegi minum dan antar balik..kak kay masih tetap panggil dia "Sir" dan lepas makan dia antar naik bas masih sebut "thank you sir".....

Sejenak..rasa jiwa..

0

Posted by Kak Kay | Posted in

X tau lah kenape malas betul nk update blog...bnyak sgt tugasan setiap hari.
pagi-pagi dh keluar keofis,tengahari balik umah kejap uruskan hubby tersayang..nak buat x peduli x sampai ati lak..

Pastu kuar balik gi kelas pulak...habis mengajar dah dekat kul 6 lebih, sampai umah dh menjelang magrib.
Dh letih sgt selalunya kak kay tido masa mengadap TV tgok Berita...jemu jg hari-hari camni je perjalanan hidup...
Teringin jg nk gi lepak-lepak kt mana-mana kelab dangdut ke..karaoke ke..boleh gak hilang tention kut...ha..ha..ha...percaya ke?..buang tebiat la klau kak kay camtu..x pernah sekali pun gi tempat dangdut tu..

Biasanya kalau gi ofis kak kay parking kreta kt Mawar Biru..tempat Kelab Dangdut..masa melintas tempat tu ada gak terfikir nk tgk apa yg situa gayut buat kt dalam tu...Agaknya kalau muda2 cam dulu mau jg kut intai tempat2 camtu...

Harap2 tu kak kay x buang tebiat lg lah.. seelok nya kalau tention,,banyak kan berzikir dan membaca Al Quran kerana hanya dengan itu saje jiwa akan tenang dan bahagia.

Dh 30 tahun lebih melayari bahtera rumahtangga dengan hubby tersayang, masih bahagia dan masih mampu bertahan lg.Apa yg kak kay harapkan semoga Allah memberkati kehidupan kak kay anak beranak...

Hari Yang Meletihkan

0

Posted by Kak Kay | Posted in

Tengahari semalam kak kay keLabu,NS dgn Nurul kerumah Ina kawan nya semasa di Adelaide,Australia dulu.kawan serumah di Western parade.

Sejak balik selepas Konvo disember lalu Ina dapat kesan sakit tumor nya yg agak serius,Kesian Ina dh lulus Master dgn cemerlang tiba2 sakit pulak
.
Kami pergi melalu Nilai terus keLabu menghala SMAP Labu,memang tak pernah sampai langsung tempat tu.Nurul memang amat cekap cari tempat,call Ina, dia bg panduan..akhir nya sampai jg kami ke Kg Kering.

Disitu dh ada Sherry and the gang.Ana dan Ustaz Pa pun dtg dr Ganu jg Dr Nurul teman serumah anak kak kay masa diAustralia jg.Dr Nurul br dapat PHD nya.

Kesian Ina,nampak jelas kesan operate kt belakang leher dia,Ina kata 3 bln dia menderita sakit kt bahu masa kt Adelaide lg.Blk Malaysia bila gi check doktor pakar kt KPJ Seremban,buat MRI baru dpt kesan sakit tu brpunca dari tumor kt belakang dia.

Masing2 nampak terharu benar dgn pertemuan itu.Kami siap makan nasi di situ,emak Ina dh siap masak.agak2 dlan sejam jg kami pun balik sebab Ina nk pegi berubat pulak.

Risau jg kak kay sebab dh 2 bln alami sakit dalam bahu,dh keklinik bnyak kali dh tp x baik jg.Urut pun dh tp lg sakit ada lah.

On the way balik singgah Nilai 3 gi sembahyang zohor kt situ.Lepas solat pegi beli tikar lak nk guna kt rumah,tak dapat nk lama2 sebab risau tinggal suami kak kay lama2 kat rumah,wlau ada Ap dan abang nya tp risau jg.

Sampai rumah kul 6 ptg,singgah beli makanan kt Sg Besi br blk rumah.Letih betul rasa.Lepas mgrib pulak dh siap2 nk gi amik Epah kt KLIA,balik dari Indonesia.dia ke Bandung dan Jakarta.

Sampai KLIA dlm kul 10 mlm dgn Nurul dan Baby.Banyak jg barang2 Epah beli.Sampai rumah dh 11 mlm lebih.Letih sgt dh kak Kay.
Macam2 Epah beli,telekung,kain pasang, kek, muffin, strawberi,T-shirt dan macam2 lg.Siap beli Angklung lg,mmg Epah minat dgn alat muzik tradisional ni.

Bkn Kak Kay saja yg keletihan,cucu kesayangan si Nasyran pun letih jg,nyenyak betul dia tidur agaknya penat dalam dukung mummy nya saja dari gi umah cik ina lg.seronok dgr cerita Epah masa kt Indon tp Kak Kay dh letih sangat terus tido je...

Alahai... berpisah kejap dgn Nasyran

0

Posted by Kak Kay | Posted in

Sabtu lalu kak kay gi IJN ziarah besan. Pak Ali masuk wad kt situ,bawa sekali anak kak kay, Nurul dan cucu kesayangan Nasyran al Fath.Kelihatan susut benar dan nampak keletihan Pak Ali .

Sebenarnya kak kay ni agak kekok sikit nk berbual dgn dia,Kak kay jenis kepala happy go lucky tp besan kak kay tu jenis kepala orang tua yg suka nasihat anak2.masa sampai ada isteri baru nya..
kak kay salam je lah tp segan jg tak bawa apa2 buah tangan pun.

Tak lama sampai pulak anak2dia,maksud kak kay ipar2 anak kak kay la...masing2 bawa kuih la.. puding la...ala nampak sgt kak kay tak reti lg budaya lawat orang sakit kt wad.

Kak kay pun tak duduk lama kat situ..nk bagi peluang Pak ali nk bermesra dgn anak2 dan cucu dia.
Hantar Nurul dan Cat serta Nasyran ke rumah cat kt Wangsa maju.Ala...sedih lak rasa berpisah sekejap dgn nasyran.Ikut ati tu nk bawa balik dia biar mummy dan daddy dia kt situ...

dh tentu lah diaorang tak bagi...lg satu kalau Nasyran nangis nk susu mummy di mana nk cari lak..takde sapa pun kaum hawa kt umah kak kay yang bersusu..Tambah opah nya..lg la kering kontang...

Balik umah sunyi sepi.. x de lg suara Nasyran nangis jerit2..nyenyak tido malam tu..masa trjaga tgh malm hairan jg kenapa sepi je..kenapa Nasyran x nangis..gi check bilik nurul..baru perasan mmg diaorang x de..

Sebenar nya Kak Kay ni kena belajar berjauhan dgn Nasyran sb nanti diaorang nk pindah duduk Wangsa Maju.Bukan jauh pun bila ada masa boleh je gi jumpa dia..apa lah opah ni...mcm lah Wangsa Maju tu jauh dari Sg Besi.. agak2 jauh mcm KL Ke Adelaide kut..mengarut betul.

Pagi minggu bangun awal sb nk gi pasar dgn Epah.Kuar umah je..dh Kak Nab sebelah tegur.."mana cucu kau? selalu kalau Kak Nab sidai kain subuh2 lg dh dgr suara dia..pg ni sunyi betul aku rasa x dgr suara cucu kau"
Balik dari pasar dh anak Kak Nab, si Nisah lak tanya mana Nasyran...anak dia sitembam tu tanya mana baby tak nangis pun....

Wah..! kuat betul aura Nasyran..sampai jiran turut rasa ketiadaan dia...apa tak nye..subuh2 lg kalau nangis nyaring...suaranya.

Harap2 bila besar nanti Nasyran jd somebody yang akan sentiasa di ingati oleh semua orang..
Cucu Opah jadi oarang baik2 tau..Andaikata opah dh tiada nanti Nasyran mesti ukir nama yang baik untuk mummy dan daddy.

Cerita Kena Fitnah

2

Posted by Kak Kay | Posted in

Tiba-tiba je kak kay teringat pada cikgu-cikgu sekolah dulu...
masa darjah 6 guru kelas kak kay nama Mohamad Sharif, kitaorang panggail cikgu mat saja.
dari darjah 5 dia dah ajar kak kay..kak kay sayang sgt kt cikgu mat,dia baik dan rajin mengajar.

Masa darjah 6, dah hampir pertengahan tahun ada kawan2 kak kay buat cerita kat cikgu yang kak kay ni ada maki2 dia....logik ke nk maki orang yg kita sayang.
Yang frust nya cikgu ni gi percaya bulat2 apa yg kawan2 kak kay kata tu.sebenarnya diorang dengki sb cikgu ni rapat sgt dgn kak kay.selalu ajak naik kereta dia walau nk gi beli apa2barang kt pekan yang tak sampai 100 langkah dr sekolah.
pulak tu kak kay sentiasa dapat no 1 dalam kelas yg ada 22 orang murid je tu..sekolah kt kampung dulu tak ramai yg sekolah...

Bila di dh percaya cakap2 kawan kak kay terus lah kena panggil kt depan,macam2 kak kay kena marah,bila nk buka mulut nk bela diri dh kena tengking.."diam! saya tak dgr apa2 alasan awak"
masa tu budak sgt lagi..kak kay tak dapat bela diri dan tak tahu mcmmana nk bg cikgu dgr ckp kak kay.
kak Kay kena hukum bersihkan kelas masa budak2 dh balik, pastu kak kay kena tulis 1000 ayat "saya mesti hormat pada cikgu"setiap hari dalam buku latihan.
Tau apa perasaan kak Kay? kecewa...sedih yg amat sgt tp takde tmpat mengadu dan marah....

Dulu kalau kita tak buat salah pun ..balik umah bgtau mak atau tok mesti kita kena marah balik.Orang dulu sgt percaya dan hormat habis pada cikgu.Sedih dan terkilan kak kay simpan sorang2 tak berani nk cerita kt keluarga...

kak kay ni jenis takut kena marah, duduk dgn nenek yg kak kay panggil tok sgt manja,tak kan buat salah punya..
Cikgu ni kak kay sayang sgt ..dh rasa macam ayah sendiri sb kak kay dh terpisah dgn ayah sendiri sejak dlm kandungan mak lg.kak kay tak kan tergamak nak maki dia tanpa sebab.Lgpun bab maki2 ni memang tak berani sebab takut berdosa dan mulut berkudis,Itu kepercayaan kak kay masa dulu.
Kawan yg buat cerita ni nama mereka Shuib,Zainuddin,Md Salleh.Si Shuib ni dh meninggal dalam lori yg dia pandu kt Tanjung malim,Zainuddin kt kajang skrg,Md salleh ni x tau kt mana...pendek kata semua tak berjaya dalam hidup..agaknya balasan tuhan walaupun masa tu budak lg tp diaorang tak minta maaf kt kak kay atas kesalahan yg diaorang buat.

Untuk cikgu kak kay,masa tu dh hilang rasa sayang kak kay,kak kay dh benci kt dia walau kak kay sedih buat macam tu.kak kay kena tanggung rasa terkilan atas apa yg berlaku hingga sekarang sebab dituduh atas kesalahan yang tak pernah dilakukan.

Ada kawan2 kak kay,Juriah,Wahi,Saedah,Salmah gi jumpa cikgu bagitau yg kak kay tak salah tp dia tak nk percaya.Itu cerita lama kak kay yg tetap kak kay ingat sampai bila-bila.ini jg sebagai panduan untukmenghadapi karenah anak2 sekiranya berlaku macam yg kak kay alami.

Sebab tu lah sejak anak2 kak kay sekolah,kak kay amat ambil berat tentang pergaulan mereka kt sekolah,tak mau anak2 kena macam yang kak kay kena dulu.Kak Kay jg rapat dengan semua cikgu2 anak kak kay kt SKPTD,Sg Besi.

Kepada semua guru-guru..anda dihormati dan di sanjungi.Berkidmatlah dengan baik dan berdedikasi dalam mendidik anak bangsa.

KONG HEE FAT CHOY

1

Posted by Kak Kay | Posted in

Kong Hee Fat Choy...buat semua kaum cina yg menyambutnya...kak kay teringat zaman sekolah...masa tu kat Sek Men Tat Beng (STB),Sg Nyior...sek men kak kay kt kg dulu..

Masa Tahun Baru Cina kami ramai-ramai gi rumah kawan2 kaum cina,buat group la..naik basikal ke pekan Sg Kerang,ke Pdg Gajah,Air Terjun,Pekan Temerlok...gi umah kawan2 makan kacang,biskut dan airnya pasti FN Oren.
Zaman kak kay dulu kami memang rapat dgn anak cina & india, tak rasa langsung perbezaan kaum.kak kay pelik dgn budak2 sekarang...
Ingat gi makan kat umah Yap Haw kt Pdg gajah,punyalah banyak dia buat biskut,baik dgn Yap Haw sb abang dia..handsome..
Kak Kay ada baik dgn Low Soon Peng,budak cina Sg Kerang ni buat hal lak,,nak buat kak kay ni special girl friend dia...manalah kak kay nak...dia lak x handsome sgt...ha..ha...kalau abg Yap haw tu mesti lah nak...ala bukan nya faham istilah cinta cinta ni masa tu...
Si Soon Peng ni merajuk...sampai kak kay form 5 dengar2 dia masuk Kristian...pastu siap kirim kt kak kay by post risalah2 psl jesus...terus lah kak kay putus hubungan ...sampai la ni xtau dia di mana
Rumah kak kay kat kg dekat dgn pekan so kira berjiran jg dgn kaum cina..ayah tiri (arwah) mmg baik dgn kaum cina ni siap pandai cakap..lancar abis...dia lak kalau minum mesti kt restoran cina jg,pendek kata cina2 kt pekan tu kenal abis dgn keluarga kak kay.

Masa hari raya mak kak kay mesti suruh hantar ketiap-tiap kedai cina tu kuih raya dengan lemang..ada lah dekat 10 bungkus jg.so bila tahun baru cina jenuh lah pulak dapat ang pow dan bungkusan kuih raya dari diorang lak.
selalunya mesti ada kuih bakul, kuih bangkit,kuih sepit,limau dan kacang goreng...paling suka kuih bakul lah...sampai la ni kak kay suka makan tapi tak dapat lah yg ori mcm mak-mak kwn kak buat sendiri dulu.kak kay beli je..kt jusco or carrefour.

Bagi kak kay tahun baru cina ini memang meriah...kak kay terigin sgt mcm dulu....dpt jumpa lg kawan2 lama,makan2 mcm dulu..tp mana mungkin kan....
Untuk cikgu2 kak kay sperti Mr Ng Ken Yee,Mr Lee Yoke Beng,Mr Cham Ah Koi,Ms Lam Lai Wah(guru kelas kak kay),Mr Khoo Eng Thong...kak kay selalu tumpang kereta dia gi sekolah kalu basikal pancet..saya ucapkan Kong Hee Fat Choy..Harap cikgu2 semua sihat walau dah lama pencen.

Kenduri Akikah Nasyran

1

Posted by Kak Kay | Posted in

Sabtu lalu kak kay buat majlis akikah grandson yg pertama..meriah dan ramai orang datang..kak kay siap tempah kumpulan marhaban untuk mjlis berendoi..rakan ofis datang dengan anak-anak.

Peserta kelas Bukit Jalil datang ramai-ramai...dari Malaysia Tambahan ada, dari PPR Raya Permai, dari Bukit Anggerik,Cheras..Happy betul ari tu..Jiran-jiran kak kay yang masak kt surau
Ketuanya Siti Zabidah dan Kak Tini..sedap betul kari kambing...licin licau tinggal kuah...

Cenderahati yg anak kak kay, nurul buat 200.. habis...

kak kay kesal sikit sebab lupa jmput jiran sebelah rumah...betul2 lupa..maaf lah Norli..akak betul2 x ingat,,perasan macam dh jmput..patutlah anak cucu dia x dtg makan.

lg satu lupa nk jemput Aini kt Kem Sg Besi, padahal dia rapat dgn kak kay...jgn kecik ati ye...
Apa-apa pun lega bila Nasyran dh selesai buat akikah..

Kelas Presint 16,Putrajaya

1

Posted by Kak Kay | Posted in

Hari ni kak kay gi ajar kumpulan wanita kt presint 16 buat pizza ayam..ramai juga ada 34 orang semuanya.buat sekilo tepung jer,dapat lah diaorang rasa sorang sikit seciput jer..
macam-macam diaorang tanya kak kay,nk buat inti pizza,camne nak buat inti selain ayam..seafood bleh tak..kalau x guna mozarella cheese bleh tak...kak kay jawab je lah apa yg bleh di jawab
sebenarnya kak kay suka dapat kelas baru ni senang nak urus sebab kelas yang dh lama tu...ada yg dh 5 - 6 tahun banyak ragam sikit.
biasalah dgn peserta..kak kay jenis cool walau dlm ati tu ada masa bengang jg...
2010 kak kay kena ajar 5 kelas di putrajaya..menarik tu...i like...
Ari ni kak kay tersalah jalan lagi..ikut belakang Alamanda..patut ambil kanan,gi ambil kiri...jalan mudah undur pelan-pelan siap pasang emergency signal lg..nasib la x bnyk kenderaan..akhirnya sampai juga agak terlewat 15 minit..silap jalan punya hal la..

sape-sape yg minat bleh datang kekelas kak kay kt presint 16 setiap hari selasa minggu ke2 dan ke4 jam 5ptg - 7 mlm.kelas akan datang kak kay nk ajar buat asas jahitan sulaman tangan pulak..

sembang pagi selasa

1

Posted by Kak Kay | Posted in

Early morning dh bangun,siapkan apa yg patut,kejutkan baby..angin baik tak mengamuk dia pg ni.elok je mandi dan siap beg,pakai uniform terus gi naik bas sekolah...lega sikit..uruskan suami,mini breakfastuntuk nya, milo panas dgn biskut lemak 3 kpg...
Hari ni patutnya kePKM dibatu caves tp bawa ap gi UIA ada urusan..lama jg tnggu ap kt parking
lepas tu ke PKM,belum sampai singgah makan dgn ap,apa tak nye dh rasa nk muntah perut kosong.
pegi PKM jumpa maria dan Bed kt computer lab.tup-tup ada call dr UIA suruh ap amik sijil dekan yg dh siap.kena singgah UIA on the way balik nanti.
Ptg ni nk kena bawa husband gi HUKM utk fisio lak,pegi dengan anak lelaki kak kay yang selalu ambil berat hal family.kesian jg dia ada kelas pagi ni abis kul 2 ptg,terus rushing dari shah alam balik umah semata-mata nak bawa ayah gi HUKM...tp siapa lagi yg boleh diharap selain dia...anak ku Abu Huzaifah @ Ustaz abu @ Abu john @ Epah...ya allah ..sentiasa berkati anak ku ini dan peliharalah dia walau dimana dia berada,panjangkan umurnya..berilah kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

KEK COKLAT STRAWBERI

0

Posted by Kak Kay | Posted in

Anak-anak kak kay suke makan kek yg kak kay masak.baru-baru ni akak buat kek coklat strawberi.bleh la kalau ada sape-sape nk cube buat, insyaallah ikut betul cara nye sure jadik..

KEK COKLAT STRAWBERI

Bahan-bahan:

  • 1 buku Buttercup
  • 1 cwn gula halus (caster sugar)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • 5 biji telur ayam size A
  • 1 cwn susu segar (fresh milk)
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 sudu kecil perisa strawberi (star brand)
  • pewarna merah secukup nya

Cara membuat nya:
  1. Pukul Buttercup dgn gula halus hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul lagi hingga gebu.
  3. mMsukkan 1/2 cawan susu segar berselang seli dengan tepung naik sendiri,kacau sebati
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian : i) masukkan perisa strawberi dan pewarna merah ii) masukkan serbuk koko dan 1/2 cwn susu segar
  5. Sapu acuan/loyang berukuran 10" x10" dengan butter dan taburkan tepung (supaya kek tidak melekat bila masak dan senang dikeluarkan)
  6. Tuang adunan kek tadi berselang seli kedalam acuan (tindih menindih)
  7. Bakar dalam oven selama 45 monit dgn kepanasan suhu 175 - 180 darjah celcius.
SELAMAT MENCUBA ya...kak kay harap jadilah kek yang dibuat tu...

sejarah belajar masak kat sekolah.

3

Posted by Kak Kay | Posted in

Masa kak kay masih remaja dulu kak kay malas nak masak.masa tu cucu manja pada nenek, semua nenek buat,tak bagi tolong dia kt dapur.
Masa sekolah menengah rendah kak kay belajar sain rumah tangga, cikgu yang ajar nama Mrs Yap,baik sangat dengan kak kay.kak kay pun suka kat die sebab dia suka puji masakan kak kay.

Bukan apa dia bagi tunjukajar, masak bun,nasi lemak,bihun goreng,sandwich,air buah dan macam-macam lagi,kami student form 1 hingga form 3 ikut je..buat apa yang dia suruh,Bila dah siap serve lah kt meja panjang dalam bilik srt tu.

Mrs Yap mula la rasa setiap apa yang kami masak,selalunya kak kay kena puji dan juga kawan kak kay nama khadijah(entah mana dia sekarang...lost contact langsung).Kawan yang lain selalu berbulu dgn kami.
bila dah masuk sekolah menengah atas, kak kay pindah sekolah sebab masuk aliran sains kat bandar Taiping.Masa tu dah terpisah lah dengan Mrs Yap yang baik tu.

Rumah kak kay jauh dekat 20 batu dari sekolah, mula tu ulang alik naik van sekolah tapi lama-lama tak tahan sebab kak kay nak kena bangun awal pagi sangat,selalu mengantuk kat sekolah.
Kak Kay pun duduk rumah sewa dengan kawan-kawan,masa ni kena lah masak sendiri,resepi sendiri dan makan pun sendiri yang lalu,telan je sedap ke tidak.
selalu kalau dah lapar, masak nasi pastu basuh telur bersih-bersih masuk aje dlm nasi yang di masak tu,kering air nasi masak la telur tu..ha!..ha!..comfirm..masak.

Kak Kay ni kalau dah bercerita abih kuar cerita yang dah lapuk ditelan masa.tapi nak buat macamana memang kak kay suka ingat cerita lama-lama..ala..sibuk lak anak kak kay si baby ni ajak gi pasar malam...stop sini dulu lah...nanti sambung lagi.

Salam Perkenalan

2

Posted by Kak Kay | Posted in

Assalamualaikum...ini post I dari saya, tengok dan baca blog orang lain tiba-tiba je teringin lak nak ada blog sendiri.
Saya ni minat memasak..keje pun dengan jabatan kerajaan yang ada kena mengena dengan minat saya.
Tugas saya sebagai tenaga pengajar dalam bidang kemahiran.
Selama bertugas saya berpeluang mengikuti kursus-kursus masakan ,jahitan, kraftangan, andaman dan dandanan diri secara percuma,semua jabatan yang biayai..
Alhamdulillah..saya amat berterima kasih pada jabatan saya kerana beri peluang yang banyak pada saya.
Rasanya kalau nak keluar modal sendiri..tak tahulah..setiap kursus kena bayar ribu-ribu paling kurang pun ratus-ratus..
Bila ada masa boleh saya kongsi-kongsi kemahiran yang saya dapat dengan anda semua.Apa-apa pun kenali diri saya dulu ya...just call me kak kay..itu yang selalu teman-teman panggil..