KEK COKLAT STRAWBERI

0

Posted by Kak Kay | Posted in

Anak-anak kak kay suke makan kek yg kak kay masak.baru-baru ni akak buat kek coklat strawberi.bleh la kalau ada sape-sape nk cube buat, insyaallah ikut betul cara nye sure jadik..

KEK COKLAT STRAWBERI

Bahan-bahan:

  • 1 buku Buttercup
  • 1 cwn gula halus (caster sugar)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • 5 biji telur ayam size A
  • 1 cwn susu segar (fresh milk)
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 sudu kecil perisa strawberi (star brand)
  • pewarna merah secukup nya

Cara membuat nya:
  1. Pukul Buttercup dgn gula halus hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul lagi hingga gebu.
  3. mMsukkan 1/2 cawan susu segar berselang seli dengan tepung naik sendiri,kacau sebati
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian : i) masukkan perisa strawberi dan pewarna merah ii) masukkan serbuk koko dan 1/2 cwn susu segar
  5. Sapu acuan/loyang berukuran 10" x10" dengan butter dan taburkan tepung (supaya kek tidak melekat bila masak dan senang dikeluarkan)
  6. Tuang adunan kek tadi berselang seli kedalam acuan (tindih menindih)
  7. Bakar dalam oven selama 45 monit dgn kepanasan suhu 175 - 180 darjah celcius.
SELAMAT MENCUBA ya...kak kay harap jadilah kek yang dibuat tu...

sejarah belajar masak kat sekolah.

3

Posted by Kak Kay | Posted in

Masa kak kay masih remaja dulu kak kay malas nak masak.masa tu cucu manja pada nenek, semua nenek buat,tak bagi tolong dia kt dapur.
Masa sekolah menengah rendah kak kay belajar sain rumah tangga, cikgu yang ajar nama Mrs Yap,baik sangat dengan kak kay.kak kay pun suka kat die sebab dia suka puji masakan kak kay.

Bukan apa dia bagi tunjukajar, masak bun,nasi lemak,bihun goreng,sandwich,air buah dan macam-macam lagi,kami student form 1 hingga form 3 ikut je..buat apa yang dia suruh,Bila dah siap serve lah kt meja panjang dalam bilik srt tu.

Mrs Yap mula la rasa setiap apa yang kami masak,selalunya kak kay kena puji dan juga kawan kak kay nama khadijah(entah mana dia sekarang...lost contact langsung).Kawan yang lain selalu berbulu dgn kami.
bila dah masuk sekolah menengah atas, kak kay pindah sekolah sebab masuk aliran sains kat bandar Taiping.Masa tu dah terpisah lah dengan Mrs Yap yang baik tu.

Rumah kak kay jauh dekat 20 batu dari sekolah, mula tu ulang alik naik van sekolah tapi lama-lama tak tahan sebab kak kay nak kena bangun awal pagi sangat,selalu mengantuk kat sekolah.
Kak Kay pun duduk rumah sewa dengan kawan-kawan,masa ni kena lah masak sendiri,resepi sendiri dan makan pun sendiri yang lalu,telan je sedap ke tidak.
selalu kalau dah lapar, masak nasi pastu basuh telur bersih-bersih masuk aje dlm nasi yang di masak tu,kering air nasi masak la telur tu..ha!..ha!..comfirm..masak.

Kak Kay ni kalau dah bercerita abih kuar cerita yang dah lapuk ditelan masa.tapi nak buat macamana memang kak kay suka ingat cerita lama-lama..ala..sibuk lak anak kak kay si baby ni ajak gi pasar malam...stop sini dulu lah...nanti sambung lagi.

Salam Perkenalan

2

Posted by Kak Kay | Posted in

Assalamualaikum...ini post I dari saya, tengok dan baca blog orang lain tiba-tiba je teringin lak nak ada blog sendiri.
Saya ni minat memasak..keje pun dengan jabatan kerajaan yang ada kena mengena dengan minat saya.
Tugas saya sebagai tenaga pengajar dalam bidang kemahiran.
Selama bertugas saya berpeluang mengikuti kursus-kursus masakan ,jahitan, kraftangan, andaman dan dandanan diri secara percuma,semua jabatan yang biayai..
Alhamdulillah..saya amat berterima kasih pada jabatan saya kerana beri peluang yang banyak pada saya.
Rasanya kalau nak keluar modal sendiri..tak tahulah..setiap kursus kena bayar ribu-ribu paling kurang pun ratus-ratus..
Bila ada masa boleh saya kongsi-kongsi kemahiran yang saya dapat dengan anda semua.Apa-apa pun kenali diri saya dulu ya...just call me kak kay..itu yang selalu teman-teman panggil..