Terkenang Arwah Abah

Posted by Kak Kay | Posted in

Hari ni 29/3/10 aku, nurul dan epah menziarahi jenazah ayah Jaja diMasjid Datuk Keramat.kami jmpa Jaja dan family nya.Emak Jaja bercerita saat2 akhir bersama arwah suaminya.Sedih betul aku rasa tp masih mampu mengawal perasaan.

Teringat semasa arwah abah pergi dahulu pada tahun 1998, masa tu aku tgh pregnant kt baby br masuk 3 bulan.

Aku dh plan nk balik kg rumah mak di Taiping jd aku dh siapkan baju anak2,tinggal nk susun dalam beg saja.Aku jg dh plan nk bawa anak2 kerumah atuk mereka di Parit Buntar,Perak. Dulu balik kg mesti bawa beg beroda yg besar sb bnyak baju anak2.Aku dh beli tiket bas untuk hari khamis, masa tu aku takut nk pandu kereta lg.

Dlm pukul 10 pg hari rabu dpt call dr adik ku Roslina di Parit Buntar memberitahu abah dh meninggal kt rumah adik ku Hidayah diKulim.Meraung lah aku sb x dgr sakit pun. Aku call suami kt ofis suruh balik sb aku nk ke Kulim nk ziarah jenazah abah.

Bincang dengan suami aku pergi sorang je, suami bawa anak2 balik esok.Minta tolong adik ipar antar ke Subang Airport.Nasib ada tiket,aku naik flight ke Penang.dari Penang aku ambil taxi terus ke Kulim, sampai jg aku walau itu pertama kali kesana.

Masa sampai jenazah sedang dimandikan, aku turut sama jirus air ketubuh abah. Aku sedih sangat masa tu sampai x mampu nak ckp dgn sesiapa.Aku sentuh tubuh abah, masih lembut macam orang yang brnyawa lagi.Kelihatan tanda lebam2 didada abah,rupanya abah kena serangan jantung.

Memang abah x sakit, malam sebelum nya masih berborak dgn cucu2 nya.Subuh Hidayah kejutkan abah untuk kesurau sb abah imam surau ditaman perumahan disitu.Masa tu Dayah tgk abah dh x sedar, dh berdengkur lain macam, panggil suami nya tengok,mulut abah dh berbuih.

Setelah diperiksa oleh jiran nya jemaah surau jg dh sah abah meninggal.Baru lah Hidayah dan suami kelam kabut memberitahu adikberadik lain.yang sedih nya aku yg dapat tahu paling lambat

Jenazah abah selamat dikebumikan ditanah perkuburan sebelah masjid diKulim.Al-Fatihah untuk abah.Walau abah tak memelihara aku,dia tetap abah ku yang satu, yang aku baru nk berbaik dengan nya.

Emak dan abah berpisah sejak aku masih dalam kandungan lagi sebab abah dh ada isteri lain.bila kawin dengan mak, baru tahu abah dh ada isteri,seorang ustazah.Isteri abah mengamuk, terpaksa abah ceraikan mak dan 24 jam tukar tempat kerja ke tempat lain.Masa tu baru 23 hari abah kawin dengan mak. Kesian mak tapi jodoh mereka setakat itu sahaja.

Bila aku lahir abah langsung tak datang sebab takut kt isteri dia.mak pun tak kisah sebab mak dh terluka. Aku dibesarkan oleh nenek sebab mak bekerja sebagai anggota polis masa tu.

Mak kawin lagi masa usia ku 2 tahun lebih, itu pun setelah didesak oleh nenek ku yang tak mahu anak nya menjanda lama.Lepas mak kawin aku terus kekal tinggal dengan nenek hingga aku dewasa dan berkahwin.

Hingga kini setelah 30 tahun usia perkahwinan ku masih dirahmati dan dipelihara Allah, masih kekal bersama suami ku.Aku telah bertekad tidak akan membiarkan anak2 ku ada emak atau bapa tiri.

Aku tak mahu anak2 ku rasa seperti apa yang aku telah lalui sepanjang hidup ku setakat ini.
Alhamdulillah..aku tahu arwah abah sayang aku cuma dia tak dapat menjenguk ku selalu kerana sibuk dengan tugas dan halangan lain.

Apa2 pun setelah abah pergi baru aku terasa kehilangan seorang ayah dan hingga kini aku terkilan kerana tidak sempat memberikan rasa kemesraan antara cucu dan datuk.Anak2 ku pernah jumpa atuk mereka tidak sampai 10 kali kerana aku tidak mahu kerumah abah ku mengadap muka emak tiri yang aku tak suka.

AL FATIHAH untuk arwah abah...aku pun dh banyak kali buat kenduri arwah untuk abah.
Semoga roh abah tenang di sana....

Comments (1)

Pro la