Takziah buat Jaja,Taman Sri Rampai.

Posted by Kak Kay | Posted in

Beberapa hari mata bergerak-gerak sebelah kiri atas kelopak mata,kata orang tua tanda nk menangis.Terfikir jg nk menangis untuk apa...rasa x de apa yg men yedihkan.

Hari2 menguruskan suami sakit, tgk semakin ok..dh boleh jalan perlahan-lahan.. jd x de la aku rasa sedih walaupun peringkat awal suami sakit aku selalu menangis dalam kereta on the way ke ofis.

Semalam dapat berita ayah Jaja masuk wad sb kanser paru2, Jaja,kawan serumah anak ku nurul semasa di Adelaide, Australia
Jaja baru je balik malaysia selepas berjaya menghabiskan pengajian peringkat Master disember 09 lalu.

Masa majlis convo Jaja,mak, ayah dan kakak jaja turut serta. Lepas majlis convo tu sempat lg diaorang trip keMelbourne.

Tengahari tadi Nurul ke IJN dgn Epah tgk bapa mertuanya dan terus ke pusat rawatan tempat ayah Jaja dirawat.

Kesian Jaja, bila nurul sampai dia terus peluk nurul sambil nangis,puas jg nurul pujuk dia.
Ptg diaorang balik dari hospital.Lepas magrib dapat missed call dari Jaja, Nurul call balik, Jaja bgtau ayah nya baru je menghembuskan nafas terakhir.

Terkedu aku sekejap...terus nangis sb rasa terharu dan kesian sgt pada Jaja dan emak nya.Aku pernah jumpa emak dia sekali, mak Jaja kirim barang untuk nya semasa aku nk keAdelaide utk tgk nurul Convo ogos 09 lalu.

Betul lah aku menangis jg akhir nya...Al fatihah untuk roh ayah Jaja...dan takziah untuk jaja dan keluarga..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah.

Comments (0)