Cikgu ku Mr J ++++++++

Posted by Kak Kay | Posted in

Teringat zaman remaja dulu.masa form 4 kak kay bersekolah kt KE VII Taiping masuk aliran Sains Tulin.masa tu ada 2 kelas saja kami dari sekolah luar yang dapat masuk aliran sains kt situ.

KE VII memang sekolah top kt Taiping...memang bangga dapat belajar disitu.Selalunya hari sabtu ada macam2 aktiviti yg perlu dihadiri.Kak kay berulang dari rumah kesekolah, naik bas awam la.. Blue Omnibus...kalau x slh kak kay la..

Masa form 3 kt sekolah lama tahun sebelum nya ada sorang cikgu tu baik sgt dgn kak kay.. bila lulus LCE masa tu dia bg hadiah pen Parker siap tulis nama kak kay lg..suka bukan main.

Akak memang x pernah rasa curiga atau sangka buruk pada cikgu sorang ni yg kak kay namakan mr J,Orangnya agak hensem dan baik sangat.....

Setiap hari sabtu agak-agak nk habis aktiviti mesti mr J ni sampai kt school kak kay, macam dia dh tau jadual kitaorg.Dia akan tunggu kak kay habis pastu mesti ajak gi minum dulu. Kebetulan mr J bekas student KE VII dan bekas guru kt situ so dia bebas la kuar masuk..

Bila cikgu ajak tentulah akak ikut sebab masa tu sgt hormat kat kaum guru ni..yg lucu nya kak kay berunifofm sekolah atau pun rumah sukan..dia lak x kisah..bila kak kay kata segan pasti di ckp buat ap nk segan nk minum je...

Pun kak kay dok hormat lg kt dia..rasa untung lah cikgu boleh suka kt budak kampong macam akak walau belajar kt bandar.Selalu nya mr J ni bawa gi minum kt Comfee Corner kt jalan apa tah dh x ingat, kt dalam tu lampu malap je..agak nya kalau ada lipas ke, telur cicak ke dlm makanan tentu x nmpk punya.

Mula tu takut jg..tp mr J ni baik sgt pandai pujuk lak tu...(jgn slh fhm bukan nye pujuk rayu cam orang berasmaradana tu..)..lari lah akak klau cam tu..

Biasanya minum fresh oren dgn sandwich ayam...kak kay bedal je la... tgh lapar dan dahaga lepas aktiviti kt school..masa ni mr J akan bg nasihat macam2 tentulah psl pelajaran...srh jaga diri dan macam2 lg, tu yg kak kay kata mr J ni baik sgt tu...

Lepas makan mr J antar sampai stesen bas, ada masa dia bg duit buat tambang... ada kawan2 kak kay suruh beringat takut mr J ni ada niat lain ada udang disebalik batu kata mereka tp masa tu mana nk dgr ckp kawan sb memang mr J baik sungguh dan x pernah nk ambil kesempatan.

Hal ni berlanjutan hingga kak kay form 5 dan mr J masih orang yg sama, yg x pernah berubah dan masih mengambil berat,datang setiap sabtu pegi minum dan antar balik..kak kay masih tetap panggil dia "Sir" dan lepas makan dia antar naik bas masih sebut "thank you sir".....

Comments (0)