Cerita Kena Fitnah

Posted by Kak Kay | Posted in

Tiba-tiba je kak kay teringat pada cikgu-cikgu sekolah dulu...
masa darjah 6 guru kelas kak kay nama Mohamad Sharif, kitaorang panggail cikgu mat saja.
dari darjah 5 dia dah ajar kak kay..kak kay sayang sgt kt cikgu mat,dia baik dan rajin mengajar.

Masa darjah 6, dah hampir pertengahan tahun ada kawan2 kak kay buat cerita kat cikgu yang kak kay ni ada maki2 dia....logik ke nk maki orang yg kita sayang.
Yang frust nya cikgu ni gi percaya bulat2 apa yg kawan2 kak kay kata tu.sebenarnya diorang dengki sb cikgu ni rapat sgt dgn kak kay.selalu ajak naik kereta dia walau nk gi beli apa2barang kt pekan yang tak sampai 100 langkah dr sekolah.
pulak tu kak kay sentiasa dapat no 1 dalam kelas yg ada 22 orang murid je tu..sekolah kt kampung dulu tak ramai yg sekolah...

Bila di dh percaya cakap2 kawan kak kay terus lah kena panggil kt depan,macam2 kak kay kena marah,bila nk buka mulut nk bela diri dh kena tengking.."diam! saya tak dgr apa2 alasan awak"
masa tu budak sgt lagi..kak kay tak dapat bela diri dan tak tahu mcmmana nk bg cikgu dgr ckp kak kay.
kak Kay kena hukum bersihkan kelas masa budak2 dh balik, pastu kak kay kena tulis 1000 ayat "saya mesti hormat pada cikgu"setiap hari dalam buku latihan.
Tau apa perasaan kak Kay? kecewa...sedih yg amat sgt tp takde tmpat mengadu dan marah....

Dulu kalau kita tak buat salah pun ..balik umah bgtau mak atau tok mesti kita kena marah balik.Orang dulu sgt percaya dan hormat habis pada cikgu.Sedih dan terkilan kak kay simpan sorang2 tak berani nk cerita kt keluarga...

kak kay ni jenis takut kena marah, duduk dgn nenek yg kak kay panggil tok sgt manja,tak kan buat salah punya..
Cikgu ni kak kay sayang sgt ..dh rasa macam ayah sendiri sb kak kay dh terpisah dgn ayah sendiri sejak dlm kandungan mak lg.kak kay tak kan tergamak nak maki dia tanpa sebab.Lgpun bab maki2 ni memang tak berani sebab takut berdosa dan mulut berkudis,Itu kepercayaan kak kay masa dulu.
Kawan yg buat cerita ni nama mereka Shuib,Zainuddin,Md Salleh.Si Shuib ni dh meninggal dalam lori yg dia pandu kt Tanjung malim,Zainuddin kt kajang skrg,Md salleh ni x tau kt mana...pendek kata semua tak berjaya dalam hidup..agaknya balasan tuhan walaupun masa tu budak lg tp diaorang tak minta maaf kt kak kay atas kesalahan yg diaorang buat.

Untuk cikgu kak kay,masa tu dh hilang rasa sayang kak kay,kak kay dh benci kt dia walau kak kay sedih buat macam tu.kak kay kena tanggung rasa terkilan atas apa yg berlaku hingga sekarang sebab dituduh atas kesalahan yang tak pernah dilakukan.

Ada kawan2 kak kay,Juriah,Wahi,Saedah,Salmah gi jumpa cikgu bagitau yg kak kay tak salah tp dia tak nk percaya.Itu cerita lama kak kay yg tetap kak kay ingat sampai bila-bila.ini jg sebagai panduan untukmenghadapi karenah anak2 sekiranya berlaku macam yg kak kay alami.

Sebab tu lah sejak anak2 kak kay sekolah,kak kay amat ambil berat tentang pergaulan mereka kt sekolah,tak mau anak2 kena macam yang kak kay kena dulu.Kak Kay jg rapat dengan semua cikgu2 anak kak kay kt SKPTD,Sg Besi.

Kepada semua guru-guru..anda dihormati dan di sanjungi.Berkidmatlah dengan baik dan berdedikasi dalam mendidik anak bangsa.

Comments (2)

This comment has been removed by the author.

mak, tengok baby tu mak.

pantau sikit die kat sekolah.

haha..