Ambang 2012..awal tahun.....

Posted by Kak Kay | Posted in

Masa berlalu begitu pantas..sekejap dh menjelma tahun baru lg 2012...kehidupan perlu diteruskan selagi masih ade nafas...

suami ku masih lagi belum sembuh dari sakit 'strok' yg dihidapi nya...rawatan hospital HUKM sentiasa diteruskan..dipatuhi...namun hasil nya masih tiada apa2 perubahan...malah suami ku makin tidak tahu menguruskan diri sendiri..kesian sangat aku tengok tp apakan daya..selalu aku berfikir 'bagaimana andai aku yang berada ditempatnya?'....siapa yang akan menjaga aku pulak...anak-anak semua berkerjaya..2 dh ade keluarga sendiri...

aku sentiasa mengharapkan satu 'keajaiban' utk suami ku...aku nk sangat die sembuh macam dulu2...atau sekurang-kurangnya boleh menguruskan diri sendiri...

sekarang..diawal 2012 ni..susunan latihan utk fisiotraphy berderet..kali ni memang agak sukar kerana tiada anak2 yang dapat menemani aku membawa suami keHUKM..

Abu Huzaifah baru bertugas di MIDF,jln raja chulan sebagai IT Exacutive..Afifah pun baru jg bertugas diUKM Bangi sebagai tenaga pengajar...Ahmad Hazim sedang menyambung 'degree' dlm bidang science actuary..yang memerlukan dia 'study hard'.

aku amat bersyukur kerana anak2 dapat membina kerjaya sendiri...Nur Fatimah anak kedua dan anak perempuan sulung bertugas sebagai 'Engineer' disebuah syarikat diTeknology Park Malaysia,Bukit Jalil..dia yang banyak membantu dari segi moral dan kewangan setakat ini..dan aku bersyukur kerana suami nya tidak pernah menegah dan tidak merungut...aku bersyukurdapat menantu yang baik begitu...

Muhammad Saifullah, anak sulung ku pula bertugas disebuah syarikat telekomunikasi swasta diPuchong.bergaji 4 angka jg tapi tidak dapat menolong dari segi kewangan dan tidak dapat memberi bantuan fizikal yang sepenuh nya utk ayah...anak yang ini jenis 'ambil mudah' dan selalu elakkan diri dari menguruskan ayah.aku tau bukan dia tidak sayang ayah nya tapi itu lah realiti sikap nya yang aku sendiri sukar untuk memahami...

Yang bongsu Izzah Sakinah..walau masih manja...masih belajar dlm form 2 tp banyak juga membantu dirumah dari segi 'jaga ayah'. anak ini walau manja2..tp masih boleh diharap utk jage ayah kalau aku ade urusan kt luar...cuma masih belum berkemampuan sepenuh nya..

Dari segi pencapaian dlm pelajaran agak kurang sikit...mngkin disebabkan sifat keanak-anakan yang masih menebal.namun masih bolih dibentuk..insyaallah..

untuk diawal 2012 aku amat berharap agar diberi kesihatan yang amat baik oleh Allah swt agar aku boleh menjaga suami ku dgn sempurna.aku juga berharap pihak majikan ku 'Jabatan KEMAS W/P' masih lagi memberi kelonggaran agar aku dapat bekerja dengan baik dan dapat menguruskan suami yang uzur...

Comments (0)